Perkhidmatan shuttle Rawang–Tanjung Malim Laluan_Seremban

Perkhidmatan KTM Komuter dilanjutkan untuk menyertakan tiga buah stesen baharu melebihi Rawang pada 21 April 2007, yang dahulu dikenali sebagai pekhidmatan shuttle Rawang–Rasa. Stesen-stesennya ialah Serendah, Batang Kali, dan Rasa. Bahagian 22 km ini merupakan bahagian pertama projek landasan berkembar dan pengelektrikan landasan Rawang–Ipoh untuk menjadi berkendali. Khidmat ini dilanjutkan ke Kuala Kubu Bharu pada 5 Januari 2008. Ini kemudian dilanjutkan ke Tanjung Malim pada 1 Jun 2009, dan khidmat ini lalu dinamai khidmat kereta api ulang-alik Rawang–Tanjung Malim.

Penumpang perlu turun di Rawang dan mengambil khidmat kereta api ulang-alik Rawang–Tanjung Malim untuk stesen-stesen ini. Khidmat ini berkendali pada selangan 30 minit. Kereta api pertama dan kereta api terakhir untuk meninggalkan Rawang adalah pada 05:42 dan 21:24 sementara kereta api pertama dan kereta api terakhir yang meninggalkan Tanjung Malim adalah pada 05:42 dan 21:54. Masa perjalanan di antara Rawang dengan Tanjung Malim ialah 25 minit.